JABATAN KESUKARELAWANAN
PENSYARAH KANAN/KETUA JABATAN (KESUKARELAWANAN)
Dr. Norizan binti Rameli
07-4537785
OBJEKTIF
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar yang mendaftar Kursus Kokurikulum Berkredit mendapat Gred A bagi setiap kursus yang ditawarkan pada setiap semester.
- Memastikan 90% dari kursus-kursus Kokurikulum Berkredit menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTs) serta melaksanakan program luar (Sustainable Engagement Programme (SEP) / Kerja Lapangan dan Latihan Intensif) pada setiap semester.
- Melaksanakan pemurnian dan penilaian silibus agar selari dengan keperluan industri dan teknologi terkini bagi semua kursus sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.
- Meningkatkan kompetensi kesemua pengajar kokurikulum selari dengan keperluan kokurikulum semasa melalui latihan sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Memastikan 10% daripada Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) menjalankan aktiviti Keusahawanan.
KURSUS
Teras Kesukarelawanan
- Pasukan Latihan Pengawai Simpanan (PALAPES)
- Sukarelawanan Polis Siswa Siswi (SUKSIS)
- Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA)
- Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS)
- Kadet Kor Sukarelawanan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR)
- Pengakap Kelanasiswa
- Pasukan Bomba Bantuan Institusi (BOMBA)
- Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
- Pandu Puteri
- Askar Wataniah
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai kursus sila rujuk Buku Panduan Kokurikulum Berkredit PPUK